Friday, June 1, 2007

Microsoft Outlook Web Access

Microsoft Outlook Web Access

2 comments:

BEiB said...

Bro...you've dont a great job..Keep it up...Will visit regularly..TAHNIAH!

Monamie said...

abah! hafiy alhamdulillah sihat. rasanya berat hafiy dh 8 kilo! hihihi..

abah mai la tengok hafiy! hafiy dah pandai sembang, senyum..seronok!

selamat bersua kembali

Alhamdulillah, dapat kita bersua kembali. Sudah sekian lama saya tidak berkesempatan untuk mengemaskini laman blog ini. Yang pastinya sejak berlangsungnya majlis perkahwinan anak sulung saya pada 1 Disember 2007 , saya tidak berkesempatan 'menziarahi' laman blog ini.

Tapi, apapun, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan dan sahabat yang telah sudi hadir ke majlis perkahwinan anak sulung saya. Sekadar untuk melihat kembali gambar kenangan, bolehlah dilihat di http://www.rahimo.com/kaz.

Jangan beri komen pada gambar-gambar tersebut. Itu hanya kenangan dan ingatan yang dapat dirakamkan oleh sahabat saya Encik Abdul Rahim bin Omran yang kini sedang bertugas di salah sebuah politeknik di utara semenanjung yang secara kebetulan saya juga pernah bertugas di sini hampir 11 tahun.

Yang menariknya, sahabat-sahabat lama yang tak pernah saya hubungi, secara kebetulan beberapa bulan sebelum majlis berlangsung telah dapat saya hubungi melalui telefon, e-mail atau maklumat daripada sahabat lain.

Rakan-rakan lama daripada Sekolah Menengah Dato' Ahmad, Lenggong, kawan sekolah rendah dan sekolah menengah juga telah hadir. Rakan-rakan yang sama belajar di ibu negara juga dapat hadir. Memang sesuatu yang amat menggembirakan saya sekeluarga.

Tidak lupa, rakan-rakan daripada exsmkda@yahoogroups.com juga hadir. Ada yang datang terus dari Kuala Lumpur, ada yang datang terus dari Lenggong dan sebagainya.

Terima kasih kepada semua.

WAKTU MALAYSIA SEKARANG

Dikemaskini pada

24 Januari '09 6:20 am

AKHIL HAFIY - CUCU SULUNG - Apa khabar Hafiy..

AKHIL HAFIY - CUCU SULUNG - Apa khabar Hafiy..
Lahir pada 02 Disember 2008

Apa khabar Hafiy?

Selepas sekian lama tidak bersua, banyak berita menarik dapat dikongsi bersama. Pada 02 Disember 2008(Selasa) seorang lagi ahli keluarga saya telah bertambah seorang dengan kehadiran Akhil Hafiy dilahirkan di Hospital Pantai Puteri Ipoh pada jam lebih kurang 7.35 malam.

Dua minggu selepas dilahirkan, Hafiy tinggal bersama dengan datuk dan opahnya di Ipoh.
Sekarang Hafiy telah berangkat ke rumah tok Kuala Nerang.

Semoga Hafiy sentiasa selamat dan gembira bersama tok, tok wan dan tok nyang di Kuala Nerang.

Hafiyyy....apa khabar? Tentu Hafiy dah bertambah berat agaknya....kalau awalnya 3.4kg..pastinya sekarang mungkin dah lebih 5kg......tok Ipoh merindui Hafiy.....

Hafiy, apa khabar? Hafiy tentu dah pandai 'bersembang' ngan tok, tok nyang dan tok wan!

Semoga Hafiy sihat.

Hey,hey...Hafiy...

20 Februari 2009 11.00 malam

Hi Hafiy....
Hafiy dah makan?
Tahniah Hafiy....berat Hafiy dah bertambah.... 8kg hari ini ...20 Februari 2009..

Tok nak pi ziarah Hafiy di Kuala Nerang, tapi musim raya ni..ada ops sikap.....silap haribulan kena 'denda' maksimum.
Tok tak mau nanti teringat pada saman maksimum pasai nak pi ziarah Hafiy..

Hafiy dah pandai 'sembang' ngan tok....ehhh..eh....

Hai Hafiy.....

Hai Hafiy.....
Akhil Hafiy....

24 November 2007

24 November 2007, kami masih berada di Jitra Kedah, bagi urusan majlis perkahwinan anak lelaki saya di Kuala Nerang. Keluarga saya menyewa 3 buah rumah dan 3 orang sahabat anak lelaki saya pula menyewa sebuah lagi rumah di Taman Siswa, Bandar Darulaman, Jitra. Kami duduk secara 'berjiran'. Pihak yang menyediakan rumah-rumah tersebut secara kebetulan menyediakannya secara bersebelahan sahaja.

Pada jam 11.30 pagi, kami keluar daripada rumah sewaan dan terus ke Kuala Nerang dengan hampir 15 buah kereta daripada keluarga pengantin lelaki termasuklah kereta kawan-kawan lama saya daripada POLIMAS(Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Jitra).

Majlis berlangsung seperti kelaziman, bermula dengan ketibaan rombongan pengantin lelaki dan diikuti dengan majlis makan. Rombongan pengantin lelaki berada sehingga jam 3.00 petang dan selepas itu satu kereta demi satu kereta bergerak meninggalkan majlis sehinggalah jam 4.00 petang.

Dalam perjalanan balik ke Ipoh, sempat juga kami singgah di Kompleks Pasar Rabu, Alor Setar. Teringat kembali sejarah lama semasa saya berada di Jitra dalam akhir 80an sehingga awal akhir 90an. Banyak kenangan manis teringat kembali.

Setelah selesai membeli-belah di Kompleks Pasar Rabu kami pun bertolak balik ke Ipoh. Alahmdulillah kami sampai ke rumah pada jam 8.00 malam dengan selamatnya. Bagi rombongan lain, ada yang singgah di Taiping dan sebagainya.

Kuala Nerang

Pada 23 November 2007, Jumaat, saya dan keluarga sekali lagi berkunjung ke Kedah. Kunjungan tersebut adalah semata-mata untuk mengotakan janji yang telah dipersetujui sejak sekian lama, iaitu sejak awal tahun 2006 lagi.

Pada sebelah malam, 23 November 2007 saya dan keluarga terdekat berkunjung ke Kuala Nerang bagi tujuan menguruskan urusan pertunangan anak lelaki saya. Majlis tersebut di adakan selepas solat Maghrib di rumah keluarga pihak perempuan. Majlis diikuti dengan akad nikah yang berlangsung di sebuah masjid, kira-kira 500 meter dari rumah keluarga Kuala Nerang. Majlis akad nikah diadakah sebaik sahaja selesai solat Isya'.

Menarik juga cara atau kaedah juru nikah tersebut menguruskan majlis akad nikah. Juru nikah tersebut sempat bergurau dan ini membuatkan kedua-dua pihak, pengantin lelaki dan perempuan tidak berasa gugup dan berasa berdebar. Saya menghargai cara dan kaedah yang digunakan oleh juru nikah tersebut.

Satu perkara yang tidak dapat saya lupa ialah juru nikah tersebut bertanyakan tentang rukun nikah. Walaupun beliau bertanya, pada masa yang sama beliau memberikan 'rumus'nya. Beliau menyebut 'rumus' kerana selama ini tidak pula kita menduga rupanya rukun nikah ini boleh difahami dengan lebih mudah dengan merujuk kepada perkataan 'SISWI'
S - Suami
I - Isteri
S - Saksi
W - Wali
I - Ijab (& Qabul)

Semasa majlis akad nikah bermula lebih kurang jam 8.45 malam, juru nikah mengarahkan ayahanda kepada pengantin perempuan supaya bertanyakan soalan kepada anakandanya sama ada bersetuju untuk dinikahkan atau tidak. Sekali lagi hadirin gelak ketawa semasa juru nikah tersebut memberitahu susunan kata-kata yang elok ditanya kepada pengantin perempuan. Sedih, sayu bercampur gembira pula ketika itu.

Sebelum majlis akad nikah yang sebenarnya bermula, diadakan juga percubaan sekali atau dua. Pastinya juru nikah ini seorang yang cukup berpengalaman. Kalau beliau seorang guru, bolehlah kita katakan seorang yang mempunyai 'sense of humour'.

Dalam masa 30 minit, majlis akad nikah tersebut selesai dengan selamatnya. Alhamdulillah.




Kunjungan Ke Kuala Nerang

Seperti yang telah saya maklumkan sebelum ini bahawa Kuala Nerang, sebuah pekan kecil di Negeri Kedah Darul Aman telah berubah wajah dan pesat membangun. Kalau awal tahun 90an dulu masih kelihatan seperti lesu sahaja tetapi kali ini kelihatan amat pesat membangun. Banyak bangunan pejabat kerajaan didirikan. Sekolah-sekolah yang dibina dengan reka bentuk moden. Taman-taman perumahan begitu indah dan ceria sekali kelihatan. Stesen basnya juga lebih tersusun.

Di tepi-tepi jalan menuju ke pekan kecil Kuala Nerang kelihatan terang setelah pokok-pokok renik dan pokok-pokok besar ditebang bagi membina sebuah lagi lebuh raya. Kelihatan juga bukit di tarah bagi tujuan penjajaran lebuh raya. Ini jelas kelihatan. Tujuannya adalah untuk membina lebuh raya Durian Burung ke Langgar. Teringat saya pada papan tanda yang ditulis LANGGAR POKOK SENA GAJAH MATI. Ha, ha,ha!



ALHAMDULILLAH

Syukur kepada Allah, kerana saya telah berjaya menjalankan ibadat puasa tanpa sebarang masalah. Memang Ramadan yang ditunggu-tunggu kadang-kadang mendebarkan kerana ada ketikanya, setelah 'berlapar', perut akan terasa sakit atau masuk angin(bukan naik angin).
Kalau pada hari biasa, jika lewat makan, pastinya terasa 'lapar' dan perlu makan. Berbeza pada bulan Ramadan. Tidak pula terasa sedemikian.Inilah kerja Allah.

Hari raya pertama dan kedua tempoh hari, memang semua orang sibuk berziarah. Pada hari raya ketiga, saya dan keluarga ke Kuala Nerang, Kedah bagi urusan keluarga yang perlu diselesaikan seperti yang dipersetujui sebelumnya. Yang menariknya, dalam suasana hari raya, perjalanan balik daripada Kuala Nerang ke Ipoh yang biasanya mengambil masa antara 2 - 3 jam tetapi pada hari tersebut kami bertolak daripada Kuala Nerang jam 5 petang, sampai di Ipoh hampir 11 malam.
Kuala Nerang, sebuah pekan kecil dalam daerah Padang Terap pernah saya kunjungi pada awal tahun 90an. Setelah hampir 15 tahun kembali ke sana, saya dapati memang banyak perubahan.
Begitulah kenangan manis semasa saya melawat ke Kuala Nerang tempoh hari.

Lebih menarik lagi, selepas menguruskan urusan keluarga pada hari raya ketiga tempoh hari, saya secara kebetulan melawat sekali lagi ke Daerah Kuala Nerang pada awal bulan November. Nampak macam wakil rakyat pula. Tidak, tetapi secara kebetulan terdapat beberapa orang pelajar saya yang sedang menjalani latihan(industri) di sana.
Memang nampak perubahan ketara. Akan saya ceritakan insya Allah dalam maklumat terbaru nanti.



SELAMAT BERPUASA

Syukur, alhamdulillah, tidak lama lagi bulan Ramadhan al_Mubarak akan meninggalkan kita. Menjelma pula bulan Syawal yang juga kita umat Islam akan menyambut hari raya.

Kepada semua sahabat handai dan rakan taulan khasnya yang beragama Islam, SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Kepada sahabat lain, sama-samalah juga merayakan Hari Raya Aidil Fitri.
Kepada yang akan balik ke kampung dengan memandu kenderaan, PANDU CERMAT, SEMOGA SELAMAT, INSYA ALLAH.
Biar lambat sampai daripada langsung tidak sampai.

MENGHARGAI KEMERDEKAAN - MALAYSIA

Syukur, alhamdulillah, kita rakyat Malaysia, telah pun sam-sama menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-50 Negara Kita Malaysia. Kemuncak kepada sambutan perayaan ialah perbarisan di ibu negara pada 31 Ogos 2007.

Sebagai rakyat Malaysia, saya memang berasa amat bangga dan bersyukur kerana berada di bumi Malaysia yang merdeka. Mungkin kita merdeka daripada fizikal, tetapi mungkin dari segi pemikiran belum boleh dikatakan sudah merdeka. Ada yang berkata begitu dan ada yang mungkin tidak setuju. Terserahlah kepada diri masing-masing.

Tetapi saya ingin berkongsi pengalaman dengan saudara/i sekalian apabila saya menonton Majalah 3 di TV3 sempena dengan kemerdekaan tersebut. Temubual dengan bekas tentera British begitu menyentuh perasaan saya. Bukan apa, kerana mereka menceritakan semasa mereka berada di bumi Malaysia(Malaya ketika itu) dan dibandingkan dengan keadaan ketika ini.
Saya belum dilahirkan ketika bekas tentera British tersebut menceritakan pengalamannya dan suasana di negara ini.

Mungkin juga emosi saya tersentuh kerana sebagai 'guru' saya selalu menasihatkan pelajar-pelajar saya supaya belajar 'menghargai'. Bagi saya, saya menghayati setiap patah perkataan yang dinyatakan oleh bekas tentera British tersebut dan orang yang lahir sebelum saya dilahirkan.

Kesimpulannya, apabila saya lihat dan meneliti kata-kata mereka ini, saya rasa amat bangga sebagai rakyat Malaysia yang menetap di Malaysia yang sudah 50 tahun merdeka.

22 September 2007


MELAWAT LENGGONG

MELAWAT LENGGONG
Singgah sebentar di atas jambatan yang merentangi Tasik Raban.

PENGALAMAN BERTUGAS DI SEK. MEN.DATO' AHMAD, LENGGONG.

Setelah semua penghuni berada dalam dom, mereka diminta mencari 'lembaga' tadi. Mula dengan pemeriksaan di sekitar katil masing-masing iaitu di bawah katil dan diikuti dengan di belakang almari pakaian mereka tetapi tidak termasuk di dalam almari. 'Lembaga' tadi tidak juga kelihatan.

Mereka diminta memeriksa bilik air dan tandas. Tidak juga kelihatan. Akhirnya, semua penghuni diminta balik semula ke dalam dom dan sekali lagi berkumpul.Kali ini mereka diminta berada di setiap almari pakaian yang bukan milik mereka.Apakah yang perlu mereka lakukan?.Mereka diminta memeriksa dalam almari. Rupanya 'lembaga' tadi menyorok dalam almari. Begitulah 'cekap dan pintar'nya 'lembaga-lembaga' itu tadi.

dimuatnaik pada 26 Jun 2007 / 7.35 pm.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

MELAWAT KE TASIK RABAN, LENGGONG

MELAWAT KE TASIK RABAN, LENGGONG
Pemandangan Indah Tasik Raban Daripada Atas Jambatan

PENGALAMAN BERTUGAS DI SEK. MEN. DATO' AHMAD, LENGGONG .

Pada suatu hari Jumaat, setelah menunaikan solat Jumaat, saya terus balik ke rumah. Seperti biasa, saya akan melihat ke arah dom di asrama putera dari jauh mungkin ada lagi kelihatan 'lembaga' seperti sebelumnya.

Betul, memang kali ini jelas kelihatan. Saya pun terus ke dom berkenaan dan saya dapati tiada siapa di dalam dom berkenaan TETAPI saya yakin ketika itu ada penghuni asrama yang ponteng Jumaat.

Saya kunci pintu masuk ke dom dan terus menunggu sehinggalah penghuni asrama putera pulang daripada sembahyang Jumaat. Mereka menunggu di luar dom kerana kedua-dua pintu dikunci. Saya arahkan wakil-wakil kumpulan setiap dom mengambil kedatangan penghuni ketika itu untuk rujukan kemudian hari.

Selepas itu, saya benarkan mereka masuk ke dalam dom dan membantu saya untuk mengenalpasti 'lembaga' tadi. Saya kumpulkan semua penghuni di dom berkenaan dan saya berikan penerangan dan penjelasan kepada mereka. Semua penghuni berkenaan memberikan kerjasama dan sokongan padu setelah menerima arahan tersebut. Apakah arahan yang saya berikan?

(ok...saya sambung kemudian.....20 Jun 2007 5.30 pm)

++++++++++++++++#####################+++++++++++++++++++++

PENGALAMAN BERTUGAS DI SEKOLAH MENENGAH DATO' AHMAD, LENGGONG.

- sambung lagi (terbaru)

Pada suatu hari semasa dalam satu perhimpunan, sahabat saya naik ke atas pentas tempat memberi ucapan dan bertanyakan satu helai baju Melayu yang telah dijumpainya dalam satu meja pelajar. Lalu dia pun menunjukkan baju Melayu tersebut kepada pelajar-pelajar yang sedang berhimpun.

Sambil menunjukkan dan mengangkat baju Melayu tersebut dia bertanya lebih kurang macam ini, "Perhatian. Ini ada satu pengumuman. Siapa punya baju agama? Ni siapa punya baju agama?" Kami yang duduk di belakang pelajar rasa tidak tertahan untuk ketawa walaupun soalan yang ditanya itu tadi dalam nada serius dan bersahaja.

Saya juga nampak beberapa orang pelajar turut tersenyum ketika itu. Lalu dia terus berkata,"Itu, sana apa pasal awak senyum, apa pasal awak ketawa. Ini baju agama, siapa punya. Ambil di sini." Akhirnya tidak ada siapa pun pelajar yang datang mengambilnya.

Insiden ini tidak pernah lupa dari ingatan saya sehingga ke saat ini walaupun dah berlalu lebih 20 tahun.

Begitu juga, semasa saya menjadi warden asrama putera. Seperti biasa, setiap hari Jumaat semua pelajar lelaki dimestikan pergi bersembahyang Jumaat. Walau bagaimanapun, mungkin ada penghuni yang 'ponteng'.

Ini dapat saya kesan apabila setiap kali saya balik daripada masjid, kelihatan daripada rumah saya seperti ada 'lembaga' dalam dom asrama putera. Jarak antara rumah saya ke dom lebih kurang 100 meter sahaja. Bila saya lihat seperti itu, saya terus ke dom berkenaan untuk melakukan pemeriksaan. Saya dapati tiada apa-apa dan tiada siapa pun dalam dom tersebut. Pada suatu hari, ..........

nanti saya sambung lagi tau!

19 Jun 2007

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

LAWATAN KE MEDAN - DANAU TOBA

LAWATAN KE MEDAN - DANAU TOBA
Di atas bot di Danau Toba

PENGALAMAN BERTUGAS DI SEKOLAH MENENGAH DATO' AHMAD, LENGGONG.

Banyak pengalaman yang saya perolehi semasa bertugas di SMDA, Lenggong. Saya ingin berkongsi pengalaman dengan saudara/i dan bekas pelajar.

Pada peringkat awal, saya telah dilantik menjadi Guru Tingkatan. Semasa mengisi Buku Rekod Kedatangan Harian Pelajar, saya ada bertanyakan beberapa perkara.

Antara lain saya minta 'butir' peribadi pelajar, seperti alamat penjaga, tarikh lahir dan lain-lain lagi. Ada pelajar yang tersenyum sambil melihat wajah saya. Tidak ada siapa pun yang memberitahu saya kenapa mereka tersenyum.

Saya beranggapan mereka senyum kerana ada sesuatu yang menarik perhatian mereka semasa saya bertanyakan beberapa soalan.

Rupanya setelah sekian lama, barulah saya tahu, ada maksud lain kepada perkataan yang saya sebutkan di atas.

Maksud perkataan tersebut saya ketahui setelah pada satu hari saya ternampak dua orang sedang bertikam lidah. Salah seorang daripada mereka ada mencabar lawannya dengan berkata,"Mu kalau ada 'butir', mu tunjuk kat aku!". Lebih kurang begitulah katanya. Lepas itu barulah saya tahu dan sampai hari ni bila teringat, duk senyum sorang-sorang. Rupanya nak tunjuk anak jantan la tu, agaknya! Satu perkara lagi yang tak boleh saya lupa ialah ketika satu perhimpunan. Beberapa hari sebelum perhimpunan, seperti biasalah ada cikgu yang membuat pemeriksaan dalam kelas.

Mungkin secara kebetulan, terjumpa sehelai baju Melayu dalam salah sebuah kelas semasa pemeriksaan dilakukan. Jadi untuk mengetahui tuan punya baju Melayu tersebut maka dalam satu perhimpunan adalah seseorang yang berdiri di hadapan perbarisan dan dia menunjuk sambil bertanyakan pemilik baju Melayu tersebut. OK. Saya berhenti di sini dulu. Saya akan sambung kemudian.

-bersambung! 15 Jun 2007 5.15 petang

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

MELANCONG KE SABAH

MELANCONG KE SABAH
Di kaki Gunung Kinabalu

PENGALAMAN BERTUGAS DI SEKOLAH MENENGAH DATO' AHMAD LENGGONG, PERAK

Selepas setahun di mengajar di SMDA Kg Sira, Lenggong, saya diarahkan bertugas semula di Kompleks SMDA hadapan Rumah Rehat Lenggong. Saya juga diminta menjadi warden asrama putera SMDA bagi menggantikan Cikgu Omar yang bertukar ke Sekolah Menengah Clifford, Kuala Kangsar. Saya disediakan kuarters berhampiran asrama putera dan berpindahlah daripada rumah sewa di Rumah Murah, Kota Tampan ke kuarters guru SMDA.Ketika itu saya baru sahaja mendirikan rumah tangga.

Semasa menyewa rumah di Kota Tampan, Lenggong iaitu berhampiran dengan kawasan muzium 'The Perak Man', saya duduk berjiran dengan seorang pesara polis bernama Pak Hassan. Anak beliau adalah pelakon yang mengiklankan iklan satu jenama cat terkenal ketika itu yang selalu ditayangkan di tv. Dia selalu menyebut, "ohh...geli den".

Selain bertugas sebagai warden asrama, saya juga dilantik sebagai Guru Disiplin sesi petang berganding dengan Cikgu Shamsuddin Yan bagi sesi pagi. Tugas mengajar juga terpaksa saya jalankan dan saya mengajar subjek Seni Perusahaan, Bahasa Malaysia dan Pendidikan Jasmani.

Banyak pengalaman manis dan tak kurang juga pengalaman pahit yang masih terpahat di ingatan saya, sama ada ketika menjalankan tugas sebagai warden, sebagai guru akademik dan guru disiplin. Yang tidak boleh saya nafikan ialah pengalaman menjalankan tugas-tugas tersebut ketika itu membuatkan saya boleh bertugas sehingga ke hari ini. Saya ingin ucapkan berbanyak terima kasih kepada bekas pengetua saya Cikgu(Dato') Ahmad Zainuddin bin Hj. Othman yang 'memaksa' saya menjawat ketiga-tiga jawatan tersebut.

06 Jun 2007 - bersambung

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

PENGALAMAN BERTUGAS DI SEKOLAH MENENGAH DATO' AHMAD LENGGONG, PERAK .

&&&&&&&&&&&&&********************&&&&&&&&&&&&&

Mula bertugas sebagai seorang guru sejak 8 Januari 1979 di Sekolah Menengah Dato' Ahmad(SMDA), Lenggong sehingga 31 Disember 1984. Tarikh itu jugalah saya mula menjadi kakitangan Kerajaan Malaysia.

Ketika itu Allahyarham Cikgu Mustafa bin Muhamad menjadi Pengetua. Saya diarahkan bertugas di Cawangan SMDA di Kg Sira, kira-kira 2km daripada kompleks utama. Mengajar sekumpulan pelajar di kelas peralihan selama setahun.

Saya mengajar subjek Lukisan, Bahasa Inggeris dan Matematik. Kelas bertempat di cawangan SMDA Kg Sira. Cikgu Kamalun Baharin dan Cikgu Zawiyah ketika itu mengajar di cawangan ini. Ketika itu terdapat 4 atau 5 kelas peralihan. Kenakalan pelajar-pelajarnya amat terserlah. Tingkap tepi setiap kelas sudah habis dipecahkan sebelum mula saya bertugas di sini.

Pelajar-pelajarnya boleh keluar kelas sama ada mengikut pintu yang telah disediakan atau melalui tingkap cermin yang telah pecah. Pelajar-pelajar tersebut jika ditegur atau dimarahi sekali pun mereka akan tersenyum kerana tidak mengerti apa yang dikatakan. Inilah masalahnya.

06 Jun 2007

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Semasa Di Bandaraya Kuching

Semasa Di Bandaraya Kuching
Semasa Melawat Pekan Saratok Kuching SARAWAK

Pengalaman di Kuching

Yang tak boleh dilupakan.

Sebelum melawat di sekitar Kuching dan beberapa tempat lain, sahabat saya dan pemandu bas yang membawa pelancong melawat Bandaraya Kuching ada menasihatkan saya supaya tidak menghulurkan tangan ketika bersalam.Tambahan lagi jika kita menginap di hotel yang perlu lebih waspada.

Secara kebetulan, semasa di Sarikin seorang hamba Allah telah memberi salam kepada saya dan menghulurkan tangannya untuk bersalaman.Hamba Allah tersebut memaklumkan bahawa dia mengenali saya kerana dia pernah jumpa saya dalam satu mesyuarat penduduk taman tempat saya tinggal sekarang.

Selepas itu barulah saya hulurkan tangan saya untuk bersalam dan memohon maaf. Dia faham kenapa saya berbuat demikin.

BERSAMA RAKAN-RAKAN DI HADAPAN JAM GADANG, BUKITTINGGI.

BERSAMA RAKAN-RAKAN DI HADAPAN JAM GADANG, BUKITTINGGI.
Tengok saja macam tu...rugged..tapi uhhhh...sedap lagu dan alunan suara kumpulan ini...Aku Pencinta Wanita...Amboi..Pn Rohaya..syoknya...

Blog Archive

Alhamdulillah, majlis pendaftaran pelajar baru Sesi Januari 2008 sudah selesai termasuklah minggu suaikenal.Taklimat kepada pelajar baru dan senior juga telah diberikan.

Minggu ini politeknik KPT Malaysia akan bercuti selama 1 minggu sempena menyambut Tahun Baharu Cina.

Kepada sahabat yang akan merayakan Tahun Baharu Cina, Mr Ooi, Mr Hong, Mr Tang, Mr Loo, Mr Kooi, Cikgu Tan yang akan balik ke KB dan Tey kawan baik saya yang boleh bercakap dialek Kelantan dan ramai lagi , diucapkan Gong Xi Fa Cai.


Terima kasih.
6 Februari 2008.

PERHATIAN!

Adakah saudara/i perlukan PA System? Untuk majlis kahwin, jamuan atau mesyuarat.


Maklumat lanjut, sila e-mail ke dilahk55@hotmail.com.


Berikan maklumat seperti no.telefon dan alamat/tempat di mana hendak digunakan.
Terima kasih.

CINTA & KAWAN

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung ...

Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga ... Kenapa??

Kerana ... CINTA itu buta..

Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa??

Kerana ... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA!!

Di dalam telaga CINTA hilang ... Kenapa??

Kerana ... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga,

sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...

Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari di mana

CINTA & terus menunggu .. Kenapa?? Kerana...

KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia ...kan?

Jadi, hargailah KAWAN kita selagi kita terasa dia

BERERTI ....Walau kita punya 'couple',

teman masih paling setia.

Walaupun kita punya harta banyak, ...

teman masih paling berharga.

'frenz stay forever and frenships never break!'

PENGHARGAAN & TERIMA KASIH

Terima kasih saya ucapkan kepada Pak Habeib kerana memperkenal dan mencadangkan blog ini kepada saya. Saya memang tiada pengalaman langsung membina blog.

'Hendak seribu daya, mahu seribu cara'. Ini bukanlah satu peribahasa, bidalan atau simpulan bahasa tetapi kata-kata peransang. Prinsip inilah yang saya hayati dan dijadikan rujukan. Kata-kata dari seorang pakar motivasi yang terkenal di tanah air kita.

Sedikit demi sedikit saya cuba sehinggalah saya berjaya membina blog dengan banyak kelemahan.

Terima kasih.

dilahk

16jpj3bpjkk

050607(tarikh mula dimuatnaik)

KENANGAN SILAM..

Hari ini 24 Jun 2007, saya berkesempatan balik kampung untuk menziarahi sanak saudara. Lebih tepat lagi menziarahi emak saudara.

Sempat juga saya rakamkan beberapa gambar yang memberi kenangan manis kepada saya yang membuatkan saya teringat zaman kanak-kanak.

Saya abadikan gambar-gambar tersebut sekadar untuk tatapan kita semua.

BALAI POLIS KARAI

BALAI POLIS KARAI
memang kalau tengok tak ada apa-apa makna. tapi saya teringatkan 'wajah' balai ini semasa bersekolah di karai.

PEJABAT POS

PEJABAT POS
kalau balai polis ditulis 'karai' tapi pejabat pos 'enggor' - kan unik

KARAI - SEBUAH PEKAN KECIL

KARAI - SEBUAH PEKAN KECIL
semasa kecil, inilah pekan yang kerap saya 'ziarah'

RUMAH TEMPAT SAYA DILAHIRKAN

RUMAH TEMPAT SAYA DILAHIRKAN
inilah rumah di mana saya dilahirkan setengah abad yang lalu. rujuk pada binaan sebelah kanan yang mana didndingnya menggunakan tepas bukan papan!

blogmaster menghadiri satu majlis perkahwinan di kuching sarawak - ehhh..bukan blogmaster yg kahwin tau!

Di Kuching

Di Kuching
Dalam perjalanan balik dari Sarikin
Powered By Blogger

Apa khabar pak?

Apa khabar pak?
Bapak Drs Toto - masih ingat di mana gambar ini diambil?

what is blog

blog

(WeBLOG) A Web site that contains dated text entries in reverse chronological order (most recent first) about a particular topic. Blogs serve many purposes from online newsletters to personal journals to "ranting and raving." They can be written by one person or a group of contributors. Entries contain commentary and links to other Web sites, and images as well as a search facility may be included. Blogs may also contain video.

Although some blogs invite feedback and comments, Internet newsgroup discussions, which started long before the Web, tend to be more question-and-answer oriented.

Pak Ir Arief

Pak Ir Arief
Apa khabar Pak Arief - sibuk pak?

GAMBAR SENDIRI

GAMBAR SENDIRI
Berbaju Melayu Pada Suatu Hari Jumaat.